Saturday, October 16, 2010

Konfrantasi dengan Iran,US Dollar bakal jadi "kertas tandas"

Saya merasa sangat syukur, kerana masih ada negara Islam yang berani menentang kepalsuan, ketidakadilan, kekejaman dan penindasanyang telah merebak dan menguasai setiap persada negara yang ujud diBumi ini.
Tertegaknya kepalsuan, ketidakadilan, kekejaman dan penindasan diatas Bumi ini adalah hasil dari percaturan dan perancangan stategi kaum yahudi yang telah berjaya mengadoptasikan sistem ekonomi Kapitalisnya supaya diguna pakai
didalam setiap espek kehidupan diseluruh dunia, disamping kegagalan Umat Islam yang sepatutnya menerajui Dunia telah bertukar menjadi umat yang terpaksa menurut, tunduk, dan menjadi mangsa eksplotasi akibat dari keengganan pemimpin2 Islam itu sendiri untuk bersatu padu dan bekerja sama sesama mereka sebaliknya kebanyakan pemimpin2 Islam itu lebih rela bekerjasama dengan Puak Penindas itu dari bekerjasama sesama mereka.
Siapa yang tidak kenal Amareka syarikat dan sekutu kuatnya Israel? mendengar
dua nama negara ini saja sudah cukup untuk menyebabkan mana mana ketua
negara terutama negara2 yang kecil dan mundur kecut perut dan oleh itu konon demi kelangsungan keharmonian kehidupan rakyatnya maka langkah berbaik baik
adalah sesuatu yang terpaksa diambil oleh pemimpin2 Islam yang lemah ini
dan kalu menetang pun hanyalah setakat umpama melepaskan batuk ditangga...
Adakah ini yang dinamakan selemah lemah Iman?
Namun sejak kebelakangan Ini, terdengar suara2 yang lantang lagi berani, seolah
olah satu provokasi kearah peperangan keatas kedua dua negara Penzalim ini yang datangnya dari presiden Negara Iran, sebuah Negara Republik Islam? Jika hanya sekali, atau setakat dua kali, suara2 provokasi dari Iran ini kedengaran,
adalah agak tidak begitu menyakinkan tapi kini ternyata telah lebih dari 2 kali
suara provokasi itu telah kedengaran lalu sekaligus menetapkan bahawa Iran
kini sebenar benarnya telah bersedia untuk berperang dengan sesiapa sahaja
yang cuba untuk meneruskan dasar menegakkan kepalsuan, kezaliman dan penindasan puak Kapitalis keatas manusia lain diatas Dunia ini.
Kali ini A,S dan sekutu2 nya akan bertemu "Buku dengan Ruas" bahkan jika diteliti didalam Alquran dinyatakan bahawa "pertahanan" atau "kubu" musuh musuh Allah itu adalah amat rapuh umpama serapuhnya kubu pertahanan atau rumah Sang Labah Labah.
Dengan sekali "Jentik" kubu pertahanan puak Kapitalis ini yang berpegang kepada
kekuatan Dollar akan koyak Rabak bahkan akan hangus pupus tanpa akan dapat
dikesan lagi, Rakyat Amerika serta sekutu kutunya akan menjadi, muflis, miskin
papa kedana, akan merempat dinegara mereka sendiri serta terpaksa merayu
kepada negara lain hanya untuk mendapatkan bekalan makanan akibat dari
Dollar Amerika yang tidak akan laku lagi untuk diniagakan.
Cuba saudara2 semua bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kempen
Konfrantasi Amerika terhadap Iran ini telah dapat dihidu lebih awal oleh pihak Iran?
Iran akan menaburkan bertan tan wang kertas Dollar Amerika ke seluruh dunia,
wang kertas Dollar Amerika yang dihasilkan oleh negara Iran sendiri yang amat
menyerupai wang kertas Dolar Amerika , seperti yang asli yang tiada cacat dan celanya sehinggakan jika ditembungkan wang kertas Dolar yang asli dengan yang tiruan yang sama nombor siri nya nescaya tidak akan dapat dipastikan yang mana satu yang asli dan yang mana pula yang tiruan!
Langkah negara Iran ini akan menyebabkan kesemua Bank Bank utama Dunia
malah Bank Amerika sendiri tidak lagi mahu menerima atau berurusan dengan
Dollar Amerika dan ini akan menyebabkan Dollar Amerika menjadi tidak lagi
bernilai , tidak lagi laku, tidak diingini oleh sesiapa lagi, umpama sekeping
kertas yang tiada memppunyai apa apa nilai atau kegunaan selain dari untuk
kegunaan menyapu kotoran di dubur itupun sekiranya ketiadaan air.
Langkah ini sebenarnya telah pernah dilakukan oleh pihak bersekutu (British)
semasa berperang dengan Jepun, Di Malaya dulu. Wang kertas Jepun telah
ditabur dimerata tempat di Semenanjung Tanah Melayu sehingga mengakibatkan
kerajaan Jepun terpaksa mengisytiharkan keputusan untuk tidak memperakui
mata wangnya sendiri dan sehingga kini Jepun masih tidak berupaya mengangkat
muka terhadap Tuannya, Amerika Sykt.
Mahu tidak mahu Amerika kini perlu membuat pilihan, memilih untuk akur terhadap pandangan negara Lain di dalam membentuk keadilan sejagat atau berperang demi kelangsungan kepentingan Kapitalis yang Tamak, Sombong, dan PENINDAS.
Ini hanya sedikit dari perkara yang akan berlaku sekiranya konfik antara Amerika
dan Iran ini berterusan sehingga ianya betukar kepada bentuk konfrantasi antara kedua negara ini. Rakyat Amerika tidak pernah merasa kesusahan sebelum ini, bahkan sehingga sekarang kebanyakan mereka hidup dengan penuh bergaya dalam kemewahan,sanggupkah mereka menghadapi ujian kemiskinan dengan secara tiba2? Wang yang berjuta juta bahkan berbillion billion di dalam Bank secara tiba tiba tidak lagi bernilai untuk membeli walau segenggam gandum?
Bolehkah Amerika merubah dengan secara drastik (besar besaran) sistem atau
struktur ekonominya. Tidak boleh!, dah terlambat, kalau boleh dah lama dah
mereka merubah sistem ekonomi kapitalis ni, tapi darippada merobohnya nya
dengan tangan sendiri adalah lebih baik dibiarkan ianya terus berjalan sambil
menikmati sisa-sisa kemewahan hasil sistem putar belit dan penindasan ini
selagi ianya masih mampu bertahan....

Selamat dan semoga maju jaya Iran...Allahuakbar

No comments:

Post a Comment